

Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) dan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berpandangan penggunaan MyKad untuk subsidi diesel bersasar wajar dipertimbang, dengan syarat pelaksanaannya praktikal, jelas dan mesra pengguna.
Presiden PDAM, Khairul Annuar Abdul Aziz, berkata pihaknya bersedia melaksanakan mekanisme itu jika diputuskan kerajaan kerana sistem asasnya dilihat sudah tersedia susulan pengalaman pelaksanaan subsidi petrol sebelum ini.
“Secara praktikal, rasanya sama seperti petrol dan tiada masalah besar untuk dilaksanakan.
“Jika dibuat kepada diesel, saya rasa tidak memerlukan masa yang lama kerana sistem asas telah tersedia,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan yang kerajaan sedang menilai…