

Dua lelaki warga China diberkas disyaki terlibat sindiket tawaran kerja sambilan dalam talian yang tidak wujud menyasarkan mangsa di Amerika Syarikat (AS).
Suspek ditahan dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat, di Taman Puncak Bertam, Melaka, pada 10.30 pagi hari ini.
Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit, berkata kedua-dua lelaki berusia 28 dan 38 tahun itu berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan sindiket.
“Siasatan awal mendapati sindiket itu telah beroperasi sejak Februari lepas dengan menyasarkan warganegara China yang menetap di AS sebagai mangsa.
“Rumah teres itu dijadikan pusat panggilan sindiket berkenaan dan modus operandi sindiket ialah menawarkan pekerjaan sambilan tidak wujud melalui aplikasi Telegram,” katanya menurut Bernama.
Christopher berkata, polis turut…