

Empat belas menara komunikasi di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pulih daripada gangguan akibat vandalisme dan kecurian peralatan, susulan kerja-kerja memulihkan perkhidmatan bagi hampir 1,668 pengguna.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan 14 menara berkenaan telah kembali beroperasi dan menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.
“CelcomDigi melaksanakan kerja-kerja pemulihan dengan mengaktifkan semula menara komunikasi yang terjejas secara berperingkat,” menurut kenyataan.
SKMM menerangkan pihaknya menerima laporan daripada CelcomDigi berhubung gangguan perkhidmatan 2G dan 4G di Kuala Pilah pada 11 Apr.
Siasatan awal mendapati gangguan berpunca daripada aktiviti vandalisme dan kecurian ke atas sebuah menara milik CelcomDigi di Bukit Pilah, yang menjejaskan 13 menara lain serta hampir 1,668 pengguna.
Lawatan ke lokasi terjejas mendapati…