

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu pelajar bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah turut dibina dengan jati diri kukuh berteraskan al-Quran dan sunnah.
Baginda bertitah, keseimbangan antara ilmu duniawi dan ukhrawi penting untuk melahirkan generasi serba boleh, dengan pendidikan bukan sekadar bekal kerjaya, tetapi juga jambatan menuju kejayaan di akhirat.
Tuanku Syed Faizuddin turut menyeru pelajar menjadi generasi Qurani yang bukan hanya menghafal, sebaliknya menghayati dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.
“Dengan berpaksikan al-Quran dan sunnah, setiap usaha menuntut ilmu bukan sahaja menjadi bekal kerjaya di dunia, malah menjadi jambatan menuju kejayaan hakiki di akhirat.
Menurut baginda, pelajar berkualiti ialah mereka…