Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bapa 3 anak didenda RM3,500 cabul adik ipar

today21 April 2026

Background


gavel
Mahkamah Majistret Yong Peng turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara enam bulan, jika gagal membayar denda itu. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:

Mahkamah Majistret Yong Peng mendenda seorang penjual pisang goreng RM3,500 selepas mengaku bersalah mencabul adik iparnya Februari lalu.

Harian Metro melaporkan Majistret Arun Noval Dass menjatuhkan hukuman itu ke atas lelaki berusia 31 tahun berkenaan selepas mengambil kira pengakuan, rayuan dan fakta kes, selain hukuman penjara enam bulan, jika gagal membayar denda.

Tertuduh membayar denda itu.

Bapa kepada tiga anak itu didakwa mencabul kehormatan adik iparnya berusia 27 tahun di sebuah rumah di Batu Pahat pada 2 pagi 12 Feb lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

Berdasarkan fakta kes, mangsa membuat laporan polis mendakwa dicabul kehormatan ketika sedang tidur di rumah kakaknya, yang juga isteri tertuduh.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Amarjit terbuka reda isu jurulatih, Beasley

Kuala Lumpur: Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill tampil bersikap terbuka bagi meredakan rasa tidak puas hati beberapa individu berhubung isu jurulatih dari Australia merangkap Pengarah Teknikal skuad berbasikal negara, John Beasley.

today21 April 2026