

Kerajaan Pulau Pinang tidak terlibat dalam pemilihan syarikat yang akan melaksanakan kontrak Pakej 2 Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara kerana ia bawah tanggungjawab Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri hanya berperanan sebagai pemegang taruh penting dalam projek tersebut dan terlibat dalam Jawatankuasa Procurement One-Stop Centre.
“Apabila MRT Corp sudah membuat penilaian dan akan membuat syor kepada One-Stop Procurement Centre ini, jadi saya boleh katakan belum sampai untuk buat tawaran lagi.
“Saya percaya mereka masih menilai tender yang mereka terima,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kampus Automasi, Ujian dan Peralatan (ATE) Pulau Pinang.
Beliau mengulas laporan mendakwa berlaku kelewatan dalam proses tawaran Pakej 2 bagi projek LRT Laluan Mutiara susulan…