

Hubungan tegang membabitkan pemimpin pembangkang terutama Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainudin boleh ‘membunuh’ cita-cita supaya semua parti Melayu di blok itu bertanding di bawah payung besar Melayu, kata penganalisis.
Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata hasrat bekas Dr Mahathir Mohamad itu difahami bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan meningkatkan peluang menewaskan gabungan besar seperti Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Namun Syaza memberitahu FMT, pertelingkahan di antara Muhyiddin dan Hamzah susulan krisis dalaman Bersatu telah menimbulkan persoalan kejayaan usaha terbabit.
“Hamzah dilihat terbuka mengekalkan kerjasama dalam PN, namun kesediaan Muhyiddin menjadi faktor penting menentukan sejauh mana penyatuan lebih besar itu boleh…