Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemandu lemas, jentera berat terjunam kolam

today26 April 2026

Background


Polis berkata jentera berat dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik dan terjunam ke dalam kolam berhampiran. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:

Seorang lelaki maut selepas kenderaan berat dipandunya terbabas dan terjatuh ke dalam kolam buangan sisa di sebuah kilang sawit di Kampung Tersang, Raub.

Mohamad Syariffudin Jemain, 37, dilaporkan lemas dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira 10 malam tadi.

Ketua Polis Raub, Shahril Abdul Rahman, berkata kejadian itu berlaku ketika mangsa mengendalikan jentera penyodok dalam kawasan kilang kelapa sawit.

Menurutnya, ketika mengundur, jentera itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik dan terjunam ke dalam kolam berhampiran menyebabkan mangsa tersepit serta lemas.

“Mangsa berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post