

Jaguh berbasikal trek negara Azizulhasni Awang menambah koleksi pingat pada Kejohanan Piala Dunia Berbasikal Trek 2026 selepas memenangi gangsa acara pecut individu lelaki di Velodrom Nasional.
Azizulhasni yang mencipta sensasi merangkul emas keirin semalam, tidak berdepan masalah menewaskan Atlet Neutral Individu (AIN) Nikita Kiriltsev dalam penentuan gangsa, sekali gus mengesahkan kedudukan podium.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2020 itu terlebih dahulu mempamerkan kayuhan meyakinkan apabila menewaskan Huang Ruiting dari China pada pusingan 1/8 sebelum meneruskan rentak cemerlang dengan menyingkirkan Dominik Topinka dari Republik Czech pada suku akhir.
Cabaran atlet berusia 38 tahun itu bagaimanapun terhenti dalam saingan separuh akhir selepas tewas kepada Nicholas Paul dari Trinidad dan…