

Bilal Erdogan, anak kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata dunia menjadi tidak stabil dan orang ramai tidak akan terkejut jika Perang Dunia Ketiga tercetus esok.
Ketika berucap di sebuah forum di sini malam tadi, Bilal berkata, dunia sedang menyaksikan berakhirnya keseluruhan sistem antarabangsa berasaskan peraturan akibat serangan Amerika Syarikat-Israel ke atas Iran.
Beliau memberi contoh reaksi kerajaan Belanda terhadap tindakan balas Iran ke atas serangan udara berskala besar, dengan berkata tindakan Tehran itu bukan “tidak bersebab”.
Katanya, beliau hairan ada kerajaan bukan sahaja gagal mempertikaikan serangan AS-Israel yang menyebabkan kematian pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei, tetapi turut menyumbang kepada pencerobohan itu.
“Dunia kini menjadi tidak stabil dan tiada siapa boleh meramalkan apa akan berlaku…