Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ketua Pemuda Umno tolak kerajaan ‘tebuk atap’ di N Sembilan

today27 April 2026

Background


akmal saleh
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh tidak mahu Langkah Sheraton pada 2020 kembali berulang dengan tertubuhnya kerajaan ‘tebuk atap’.
PETALING JAYA:

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menegaskan pendiriannya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan menerusi ‘tebuk atap’.

Beliau berkata, prinsip perjuangan Umno tidak pernah tergadai walaupun parti itu bekerjasama dengan mana-mana pihak.

“Pendirian saya tetap sama sejak dari Langkah Sheraton sehingga ke hari ini.

“Saya menentang mana-mana kerajaan tebuk atap,” katanya dalam catatan di Facebook mengulas situasi politik semasa Negeri Sembilan.

Terdahulu, 14 Adun Umno-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Aminuddin Harun dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinannya.

Ketua Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias, berkata keputusan menarik balik sokongan terhadap Aminuddin dibuat susulan krisis didakwa melibatkan institusi perlembagaan negeri yang kini menjadi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post