

Bekas ketua Bersekutu Bersatu Johor Tan Lek Khang sedang menjalani pembedahan selepas tertembak dada sendiri petang tadi.
Pembedahan Tan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru dijangka mengambil masa kira-kira empat jam, lapor Kosmo.
Bekas setiausaha Bersekutu Bersatu Johor Yeo Kwee Kwang berkata, beliau dimaklumkan Tan dikejarkan ke HSI pada 5.30 petang selepas menerima rawatan awal di Hospital Kota Tinggi.
“Kami tidak pasti keadaan sebenar sama ada beliau sedar atau tidak kerana maklumat masih terhad,” katanya.
Yeo berkata, kecederaan dipercayai berlaku ketika Tan sedang menjalani latihan senjata api di sebuah lapang sasar di Kota Tinggi, Johor.
Ketua Polis Kota Tinggi Yusof Othman berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: