

Sebuah kumpulan kebajikan haiwan memohon sumbangan orang ramai untuk kembali beroperasi selepas satu kebakaran pada 23 April memusnahkan pusat perlindungan mereka dan mengorbankan 20 ekor kucing serta seekor anjing.
Presiden Persatuan Penyelamat Haiwan Terbiar Bahtera Noah Ipoh Norfazilatun Zin berkata, mereka memerlukan RM40,000 hingga RM50,000 untuk membina semula pusat perlindungan itu agar ia dapat terus berfungsi sebagai tempat berteduh bagi anjing dan kucing berkeperluan khas.
Untuk jangka masa panjang, terdapat juga perancangan untuk membuka sebuah rumah kucing yang bukan sahaja menempatkan kucing yang diselamatkan, tetapi juga menyediakan kemudahan penginapan untuk haiwan peliharaan.
“Saya mahukan sesuatu yang mampan untuk pengganti saya. Saya mahu Bahtera Noah akhirnya mampu jana…