Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Seleweng RM230 juta: 2 termasuk timbalan pengerusi NGO dilepas dengan jaminan

today30 April 2026

Background


seleweng dana zakat
Kedua-dua suspek disyaki bersubahat memindahkan wang terbabit ke dalam akaun syarikat salah seorang mereka bagi tujuan pelaburan dan peribadi, menurut sumber. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan pengarah syarikat yang direman bagi membantu siasatan penyelewengan dana kira-kira RM230 juta, dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini.

Sinar Harian yang memetik sumber melaporkan, kedua -dua suspek disyaki bersubahat memindahkan wang terbabit ke dalam akaun syarikat salah seorang mereka bagi tujuan pelaburan dan peribadi.

“Pada 25 April lalu, kedua-dua suspek telah disambung reman lima hari dan hari ini mereka telah dilepaskan sebaik tempoh reman tamat,” katanya.

Pengarah SPRM Selangor Mohd Azwan Ramli yang dihubungi, mengesahkan perkara itu.

Kedua-dua suspek berusia sekitar 50 dan 60an sebelum ini direman empat hari bermula 22 April bagi membantu siasatan.

Media sebelum ini…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post