Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kejayaan Umno bergantung kerjasama serasi, kata Salleh

today1 May 2026

Background


Salleh Said Keruak
Salleh Said Keruak berkata Umno masih mampu bertahan sekiranya parti itu menggunakan strategi tepat dan menjalinkan kerjasama secara bijak. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Bendahari Umno Sabah Salleh Said Keruak berkata kejayaan parti itu pada pilihan raya bergantung kepada strategi tepat serta rakan kerjasama yang sesuai.

Salleh berkata memandangkan Malaysia mengamalkan sistem pilihan raya ‘first-past-the-post’, kerjasama dengan parti lain bukan lagi pilihan, sebaliknya satu realiti politik.

“Umno perlu bekerjasama dengan rakan yang mempunyai matlamat sama bagi mengelakkan perpecahan undi dan meningkatkan peluang kemenangan,” katanya di Facebook sempena ulang tahun ke-80 Umno pada 11 Mei.

Dalam konteks Sabah, beliau berkata, kerjasama Umno dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah pilihan jelas dan strategik.

Katanya, Umno dan GRS kini dilihat sehaluan dalam isu berkaitan kepentingan negeri.

Bekas ketua menteri Sabah itu turut berkata penilaian pengundi kini lebih kritikal…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post