

Kes demam denggi di Putrajaya mencatatkan penurunan sebanyak 36.2% dari Januari hingga April tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.
Pelaksanaan teknologi Wolbachia dikenal pasti antara faktor utama yang mampu memberikan hasil lebih pantas dan berkesan dalam menangani wabak bandar.
Presiden Perbadanan Putrajaya, Sakeri Abdul Kadir, berkata penurunan itu membuktikan pendekatan konvensional semata-mata tidak lagi mencukupi dalam menghadapi cabaran denggi di kawasan bandar yang padat.
“Data di Putrajaya membuktikan inovasi seperti teknologi Wolbachia mampu mempercepat pengawalan denggi dan melindungi komuniti dengan lebih berkesan.
“Pada masa sama, usaha ini sebahagian komitmen berterusan untuk menjadikan Putrajaya sebuah bandar lebih selamat dan…