

Pemuda Umno Negeri Sembilan berkata gesaan Ketua Umno negeri Jalaluddin Alias supaya sidang DUN dipanggil agar isu berkait kepentingan rakyat dapat dibahas bukan cubaan untuk menubuhkan ‘kerajaan pintu belakang’.
Ketuanya, Mohamad Fadil Md Zin berkata, dakwaan PKR negeri itu disifatkan cubaan mengalih isu utama yang berlaku melibatkan adat dan kepimpinan.
“Tidak timbul soal mengemukakan usul undi tidak percaya apabila ketua Umno Negeri Sembilan mendesak pelaksanaan sidang DUN kerana ini adalah demi kepentingan rakyat, yang mana kita tahu banyak perkara perlu dibahas oleh Adun di dalam sidang DUN itu.
“Oleh yang demikian, tuduhan bahawasanya Umno cuba menubuhkan ‘kerajaan pintu belakang’ adalah merupakan pengalihan terhadap isu sebenar yang berlaku di Negeri…