

Bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli, mendakwa segala urusan berkaitan dokumen dan perjanjian berhubung pelaburan RM1.1 bilion dengan Arm Holdings dilakukan secara teratur serta mematuhi prosedur.
Beliau berkata semua rekod penting termasuk minit mesyuarat, dokumen rasmi serta perjanjian berkaitan wujud, dan yakin boleh dikemukakan di mahkamah, jika perlu.
“Minit, dokumen dan perjanjian iu semua memang dah ada… jadi, sebab itu saya sangat yakin sebenarnya ia teratur dan terurus dari segi peraturan dan prosedurnya sebagaimana yang saya ingat telah melalui prosesnya dahulu semasa saya dalam kerajaan,” katanya.
Rafizi berkata demikian kepada pemberita di hadapan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selepas hampir lima jam dirakam keterangan.
Beliau tiba pada 1.50 tengah hari bagi meneruskan proses rakaman keterangan pada…