

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyeru generasi muda agar menolak politik perkauman sempit dan bangkit sebagai kekuatan baharu yang melihat masalah negara sebagai tanggungjawab bersama tanpa mengira kaum.
Anwar berkata, kaum Melayu merupakan penduduk majoriti namun Malaysia tetap negara berbilang kaum yang memerlukan semangat perpaduan lebih kukuh, khususnya dalam kalangan anak muda.
“Selalu saya tekankan (kepada anak muda), masa depan itu tergantung kepada kesediaan mereka untuk menolak tembok perkauman sempit oleh bapa-bapa, ibu-ibu kita dalam politik picisan.
“Bangkit sebagai satu kekuatan baharu. Kuatkan semangat kita bahawa masalah negara ini, masalah India, Melayu, Cina, Iban, Kadazan, masalah kita bersama dan selesaikan cara bersama,” katanya selepas…