

Seorang peniaga didenda RM200,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang semalam atas tujuh pertuduhan melibatkan urus niaga barang tiruan, hasil pelaksanaan ‘Kempen Kita Gempur’ oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor.
Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asa’ari, berkata lelaki tempatan dalam lingkungan 30-an itu didakwa di bawah Seksyen 100 Akta Cap Dagangan 2019, yang memperuntukkan denda tidak lebih RM10,000 bagi setiap barangan atau penjara sehingga tiga tahun bagi individu yang melakukan kesalahan kali pertama.
“Tertuduh mengaku bersalah bahawa pada 21 April 2022, di sebuah premis di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, didapati mempunyai kawalan terhadap barangan seperti selipar, pakaian, topi, tali pinggang dan aksesori…