Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelajar Tingkatan 1 maut selepas tidak sedarkan diri di asrama

today13 May 2026

Background


Sik Choon Foo
Ketua Polis Gua Musang Sik Choon Foo berkata pemeriksaan lanjut mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan mati mengejut. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu ditemui tidak sedarkan diri dalam asrama sebuah sekolah menengah di Paloh, Gua Musang, sebelum disahkan meninggal dunia semalam akibat pendarahan di kepala dan paru-paru berair.

Ketua Polis Gua Musang, Sik Choon Foo, berkata laporan diterima daripada bapa remaja itu pada 8.53 pagi yang memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri dalam asrama sekolah.

Jelasnya, pihak sekolah kemudian membawa mangsa berusia 13 tahun itu ke Klinik Kesihatan Chiku 3 untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Tetapi, menurutnya, pegawai perubatan di klinik itu mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Susulan itu, bedah siasat dijalankan pada 3.30 petang di Hospital Gua Musang,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati punca kematian akibat pendarahan spontan di bahagian…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post