Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Peralihan MyKad baharu pada Jun tak jejas SARA, BUDI95

today13 May 2026

Background


JPN KAD PENGENALAN-PENGGANTIAN KAD PENGENALAN
Menurut JPN, proses pertukaran kepada MyKad struktur baharu akan dilaksanakan secara berfasa.
PUTRAJAYA:

Proses peralihan dan pertukaran kad pengenalan kepada MyKad Struktur Baharu pada Jun ini tidak akan mengganggu proses penebusan bantuan kerajaan yang menggunakan MyKad seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan BUDI95.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan, pihaknya akan memastikan senarai nama penerima bantuan sedia ada di dalam sistem akan kekal dan tidak tercicir semasa proses pertukaran tersebut.

“Pihak JPN telah menjalin kerjasama erat dengan pelbagai kementerian dan agensi penyalur bantuan bagi memastikan integriti data yang disalurkan tetap kekal lancar dan utuh,” katanya dalam kenyataan.

“Proses migrasi maklumat akan berlaku secara automatik dalam sistem pangkalan data pusat, sekali gus memastikan bantuan akan diterima kepada penerima yang layak.”

Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi menjawab kegusaran segelintir pihak mengenai kemungkinan gangguan teknikal…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Carrick hampir sah bos tetap United

London: Michael Carrick dijangka akan dicadangkan sebagai pengurus tetap Manchester United oleh pihak pengurusan kelab selepas berjaya mengubah nasib pasukan itu secara dramatik, menurut laporan meluas media hari ini.

today13 May 2026