Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Chow dan Guan Eng bertikam lidah berhubung tender tanah Batu Kawan

today14 May 2026

Background


Chow Kon Yeow Lim Guan Eng
Chow Kon Yeow dan Lim Guan Eng, saling berbalas kenyataan dalam sidang DUN.
GEORGE TOWN:

Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan Lim Guan Eng (PH-Air Putih) bertikam lidah dalam sidang DUN hari ini berhubung tender yang gagal bagi cadangan projek Batu Kawan Industrial Park 2 di Byram.

Pertikaman lidah itu berlaku ketika Chow menggulung perbahasan, sewaktu menjawab soalan berkaitan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Chow berkata PDC memutuskan untuk tidak meneruskan tawaran terdahulu bernilai RM818 juta daripada konsortium IJM-Aspen kerana pembida itu gagal mematuhi lima daripada sembilan syarat utama yang ditetapkan dalam permintaan cadangan (RFP).

Menurutnya, tawaran itu tidak boleh dinilai hanya berdasarkan angka RM818 juta semata-mata kerana konsortium berkenaan turut meletakkan syarat tambahan yang akan membebankan PDC dengan kos yang besar.

Antaranya, kata Chow, pembida yang berjaya sepatutnya membina sebuah jambatan bagi menghubungkan tapak projek itu dengan Batu Kawan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Predeep Nambiar


Previous post

Sukan

Danish Iftikhar buru catatan bawah 10.4s di Tokyo

Kuala Lumpur: Pelari pecut muda negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee menyasarkan untuk memperbaiki catatan terbaik musim ini 10.46 saat (s) dalam acara 100 meter (m) pada Kejohanan Grand Prix Seiko Golden 2026 di Tokyo, Jepun pada Ahad ini.

today14 May 2026