

Seorang Adun Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menolak dakwaan pemimpin parti itu mempunyai hubungan dengan individu didakwa terbabit dalam kegiatan jenayah.
Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata dakwaan sedemikian hanya bersandarkan sangkaan dan cubaan mengaitkan seseorang dengan kesalahan orang lain, bukannya berdasarkan bukti sebenar, lapor Borneo Post.
Lo berkata ahli politik lazimnya berurusan dan berinteraksi dengan orang ramai, penganjur acara serta ahli perniagaan, dan perkara itu tidak boleh dianggap sebagai satu kesalahan.
“Hujah dikemukakan Adun Padungan Chong Chieng Jen, amat lemah kerana dibuat atas sangkaan dan cubaan mengaitkan kesalahan melalui pergaulan, bukan berdasarkan bukti.
“Sekadar hadir bersama pemimpin politik di majlis awam, program tajaan atau program komuniti tidak membuktikan wujudnya penglibatan jenayah,…