

Malaysia kini melangkah ke fasa baharu diplomasi kesihatan, melangkaui resolusi dan pengiktirafan antarabangsa kepada pelaksanaan reformasi yang menghasilkan perubahan langsung kepada kualiti dan keselamatan penyampaian sistem.
Menerusi penyertaan dalam Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 (WHA79) di Geneva, Switzerland, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata Malaysia menyeru negara-negara anggota mengambil pendekatan tegas dalam menginterpretasikan komitmen global kepada pelan tindakan di peringkat domestik dan serantau.
Menurut beliau, reformasi kesihatan tidak boleh bersifat dangkal dan berhenti di peringkat dasar serta pengiktirafan semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada manfaat yang dapat digunakan dan dihargai rakyat.
“Mesej saya di pentas antarabangsa ini ringkas tapi tegas: Kita tidak boleh lagi sekadar bersembang tentang…