

Kerajaan Kelantan mengakui kapasiti bekalan air di negeri itu masih gagal menampung keperluan rakyat dengan 43 loji rawatan air (LRA) hanya mampu menghasilkan 529 juta liter air sehari.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Izani Husin, berkata masalah bekalan air di negeri itu antara isu terbesar yang diberi perhatian oleh kerajaan negeri, dengan kawasan seperti Tumpat dan Pasir Mas masih berdepan gangguan bekalan air.
“Setakat ini, Jeli dan Gua Musang dalam keadaan baik. Secara keseluruhannya, sumber air kita tidak mencukupi untuk disalurkan kepada rakyat.
“Sebab itu, kadang-kadang kita terpaksa mengawal penyaluran air mengikut keperluan semasa,” katanya menurut Sinar Harian dalam sidang media di Kota Bharu selepas taklimat status semasa bekalan air Kelantan.
Beliau…