

Ketua Penerangann PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata tuduhan Bersatu kononnya PAS tidak memberikan sebarang maklum balas sepanjang krisis yang berlaku di Negeri Sembilan adalah fitnah yang tidak berasas sama sekali.
Fadhli berkata kenyataan Biro Politik Bersatu terhadap Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan juga tidak tepat, mengelirukan serta jelas berniat serong bertujuan mencemarkan kredibiliti PAS.
Katanya, PAS masih menyimpan rekod komunikasi terperinci antara Takiyuddin dan Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali serta bersedia untuk mendedahkannya dalam platform yang lebih sesuai.
“Hakikat yang juga tidak disebut adalah mesej setiausaha agung Bersatu kepada setiausaha agung PAS pada 5 Mei adalah hanya memaklumkan keputusan mesyuarat tergempar Bersatu mengubah pendirian.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: