

Malaysia menghargai peranan Pakistan dalam usaha pengantaraan berterusan membabitkan rundingan Iran-Amerika Syarikat, serta kesediaan negara itu menjadi tuan rumah bagi rundingan seterusnya.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dinyatakannya ketika panggilan telefon dengan rakan sejawat dari Pakistan, Shehbaz Sharif hari ini, yang turut menyentuh pelbagai perkembangan serantau dan usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Pakistan.
“Sewaktu panggilan telefon dengan Shehbaz, kami berbincang mengenai pelbagai perkembangan serantau dan usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Pakistan yang sekian lama terjalin erat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
“Saya turut menyampaikan ucapan…