

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengambil pendekatan untuk tidak memasukkan jawatan presiden kehormat dalam cadangan statut 2026 Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Setiausaha Agung AFC Windsor Paul John berkata jawatan berkenaan tidak lagi relevan dalam tadbir urus bola sepak moden dan tidak diamalkan oleh badan induk bola sepak utama, termasuk Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).
“Dahulu ada dan ia popular, Fifa dan AFC pun ada, namun sekarang ini dalam bola sepak moden, statut sudah berubah,” katanya kepada Bernama.
Presiden kehormat FAM ketika ini disandang oleh bekas presiden, Hamidin Amin, yang dilantik pada kongres luar biasa tahun lalu.
Cadangan itu adalah sebahagian daripada 94 artikel yang disyorkan dalam statut FAM 2026 yang akan dibentangkan oleh AFC pada Kongres Luar Biasa FAM, Khamis ini.
Windsor turut menyentuh…