

Polis menyiasat dakwaan berhubung seorang wanita warga emas ditahan pihak berkuasa Nigeria kerana dipercayai cuba menyeludup 31kg dadah jenis Canadian Loud ke negara itu, yang diperangkap oleh anak perempuannya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Hussein Omar Khan, berkata dakwaan itu masih dalam siasatan dan pihaknya meneruskan usaha mengesan anak wanita terbabit.
“Usaha mengesan anak wanita itu masih dalam tindakan dan dakwaan bahawa wanita terbabit diperangkap oleh anaknya juga masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi.
Hussein berkata, pihaknya sudah dimaklumkan oleh Agensi Penguatkuasaan Undang-undang Dadah Kebangsaan Nigeria (NDLEA) berhubung penahanan wanita berumur 63 tahun itu.
Media antarabangsa…