
Akibat tersilap menekan pedal minyak, sebuah Porsche yang dipandu oleh seorang wanita berusia 61 tahun telah terbabas lalu merempuh kawasan lobi sebuah hotel di Persiaran Gurney, hari ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, siasatan awal mendedahkan bahawa kejadian tersebut berlaku pada jam 11.15 pagi ketika pemandu wanita berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas melawat ahli keluarganya, petik Berita…