

Latihan semula pekerja yang terkesan oleh kecerdasan buatan (AI) perlu menjurus kepada tugasan sebenar di tempat kerja, bukan sekadar kursus umum atau pensijilan, kata pemain industri.

Pengasas syarikat penyelesaian AI tempatan Muhd Aqmal Afiq Adnan berkata langkah kerajaan mengenal pasti sektor terkesan AI sangat penting, namun kejayaan dasar itu bergantung kepada sejauh mana latihan dapat diterjemah kepada peningkatan produktiviti.
“Masalahnya bukan sama ada pekerja tahu apa itu AI. Soalannya, bolehkah mereka guna AI untuk mempercepat kerja harian, mengurangkan kesilapan, menjawab pelanggan dengan lebih pantas, menyediakan laporan atau mengurus jualan?
“AI tidak menggantikan keseluruhan pekerjaan tetapi menggantikan tugasan berulang hampir 40% seperti membalas emel berulang dan…