

Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Endau, Alwiyah Talib, menegaskan soal ‘rumah politik’ bukan isu utama, sebaliknya untuk terus menjadi penghubung dan mewakili suara rakyat.
Beliau kekal dengan pendirian untuk terus berkhidmat kepada masyarakat meskipun wujud pelbagai sentimen berhubung kedudukannya, yang kembali atas tiket BN pada PRN Johor kali ini.
“Saya menawarkan pengalaman, komitmen dan kesungguhan untuk terus membawa pembangunan, memperkukuhkan ekonomi setempat serta memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
“Insya-Allah, dengan sokongan padu seluruh rakyat Endau, kami akan melangkah ke hadapan membina sebuah Endau yang lebih maju, makmur dan sejahtera untuk semua,” menurut kenyataan.
Alwiyah merakamkan penghargaan kepada pucuk kepimpinan parti atas kepercayaan yang diberikan.
Pada PRN 2022, Alwiyah yang mewakili Perikatan Nasional…