

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) menerusi Tourism Malaysia sedang memperkukuh strategi dengan memberi tumpuan kepada pasaran berprestasi tinggi dan stabil termasuk China, Indonesia, Jepun dan India.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Chiew Choon Man berkata, ini termasuk memberi tumpuan kepada pasaran jarak jauh seperti Rusia, Jerman dan Australia bagi memastikan kepelbagaian pasaran.
Katanya, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan industri bagi menangani cabaran operasi dan tekanan kos.
“Momentum sektor pelancongan negara berada pada trajektori yang positif. Sehingga Mei tahun ini, negara telah menerima sebanyak 17.5 juta pelawat, meningkat 3.4% berbanding 16.9 juta pada tahun lepas.
“Prestasi…