

Pimpinan Barisan Nasional Johor dijangka bermesyuarat esok, selepas kajian terbaharu menyasarkan margin kemenangan yang lebih rendah daripada yang dijangkakan pada PRN kelak.
Seorang pemimpin beritahu FMT bahawa BN menetapkan sasaran kemenangan di 40 hingga 42 kerusi, daripada keseluruhan 56 kerusi. Bagaimanapun, “kajian terbaharu kami menunjukkan kami mungkin memenangi 35 kerusi,” katanya. “Mesyuarat itu tentang bagaimana kita boleh meningkatkan jumlah tersebut kepada melebihi 40.”
Menurutnya, perbincangan akan tertumpu kepada usaha meraih sokongan pengundi India dan Cina di kawasan bandar, yang dijangka akan menyokong Pakatan Harapan dan Bersama.
“Kami perlu menilai keadaan pasca hari penamaan calon. Kebimbangan kami adalah kerusi bandar,” kata sumber tersebut, yang minta tidak dinamakan. Beliau juga mengakui skandal 1MDB masih mempengaruhi pengundi…