

Dua persatuan utama pendidikan Cina menggesa calon dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan menyatakan pendirian mereka mengenai isu sekolah vernakular di negara ini.
Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) dan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Jiao Zong) menyeru parti dan calon yang bertanding supaya memberi komitmen jelas untuk mempertahankan sistem sekolah vernakular, khususnya ketika melancarkan manifesto masing-masing.
Dua persatuan itu yang dikenali sebagai Dong Jiao Zong berkata PRN itu penting dalam membentuk landskap politik serta masa depan sistem pendidikan pelbagai aliran di negara ini.
Mereka berkata hanya calon yang memberi komitmen jelas untuk melindungi kepelbagaian sistem pendidikan di Malaysia wajar mendapat sokongan pengundi, lapor Sin Chew.
Persatuan…