
Kerajaan Thailand hari ini telah menyerahkan wang pampasan berjumlah 650,000 baht (kira-kira RM80,000) kepada salah seorang daripada dua warga Malaysia yang cedera dalam insiden letupan bom di Tak Bai, baru-baru ini.
Gabenor Narathiwat, Bunchuay Homyamyen, menyampaikan cek pampasan tersebut kepada Muhammad Yusri Udin dalam satu majlis yang berlangsung di Pejabat Kastam Sungai Golok, petang tadi. Turut hadir ialah Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral…