

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menyelar tindakan segelintir pihak yang sering membicarakan soal ketuanan Melayu, namun pada masa sama membiarkan tanah rizab Melayu terlepas ke tangan pihak luar.
Beliau menzahirkan kekecewaan apabila isu berkenaan sering dijadikan modal politik bagi memancing sokongan dan undi ketika pilihan raya, sedangkan pembelaan terhadap orang Melayu sepatutnya dibuktikan melalui tindakan dan dasar yang telus.
“Jangan hanya melaungkan Bumiputera atau Melayu, hidup Melayu apabila dekat pilihan raya, tetapi selepas mendapat kuasa, kontrak Melayu dikaut, projek Melayu dikaut dan harta Melayu juga dikaut.
“Saya ingin bertanya kepada parti-parti yang sering berbicara soal ketuanan Melayu, bilakah kali terakhir kamu mewujudkan tanah rizab…