Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jemaah Menteri setuju Dewan Rakyat teliti calon pendakwa raya

today8 July 2026

Background


dewan rakyat
Pindaan terbaharu bagi Fasal (18) Perkara 145A bagi Dewan Rakyat meneliti calon pendakwa raya akan dibentang 13 Julai ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Jemaah Menteri bersetuju meminda Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan bagi membolehkan Dewan Rakyat meneliti calon pendakwa raya melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sebelum pelantikan rasmi dibuat.

Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), berkata keputusan itu dibuat mengambil kira maklum balas Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, pakar perundangan, serta pertubuhan masyarakat sivil.

“Pindaan ini mengambil kira cadangan supaya nama calon dikemukakan kepada speaker Dewan Rakyat untuk dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Menurut agensi itu, Dewan Rakyat akan mengemukakan syor kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) selepas penelitian dibuat oleh jawatankuasa pilihan.

“SPKP seterusnya akan menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post