

Pejuang tidak berhasrat menjadi orang tengah bagi menyatukan semula hubungan antara PAS dan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN), kata presidennya, Mukhriz Mahathir.
Bagaimanapun, beliau berharap hubungan antara kedua-dua parti itu dapat dirapatkan semula demi mengukuhkan PN, terutama dalam menghadapi persaingan politik akan datang.
Mukhriz berkata, sejak Pejuang menyertai PN sebagai parti komponen, pihaknya tidak berdepan sebarang masalah dengan mana-mana parti dalam gabungan itu walaupun PAS dan Bersatu menghentikan kerjasama politik.
“Baru-baru ini Muhyiddin Yassin sendiri turun ke Gambir, dan saya juga bersama PAS di Simpang Jeram. Itu bukti kami tidak ada masalah dengan kedua-dua pihak.
“Jadi, apakah peranan kami untuk menjadi orang tengah? Saya kira mungkin tidak. Tetapi kita harap hubungan mereka dapat dirapatkan,” katanya kepada FMT ketika ditemui semasa membantu…