

Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir, membidas Nga Kor Ming selepas beliau dilapor mendakwa kementeriannya seperti “kura-kura” berhubung isu kemasukan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke universiti awam.
Katanya, kenyataan timbalan pengerusi DAP itu ketika berkempen sempena PRN Johor sebagai tidak bertanggungjawab. Nga adalah menteri perumahan dan kerajaan tempatan.
Tegasnya, setiap keputusan Jemaah Menteri merupakan keputusan bersama yang berlandaskan prinsip tanggungjawab kolektif, disusuli tindakan menyeluruh dan proses teratur, termasuk keperluan penyelarasan dengan Kementerian Pendidikan serta pelbagai agensi berkaitan.
“Sekiranya terdapat sebarang perbezaan pandangan, tempat untuk membincangkannya ialah di meja Jemaah Menteri, bukannya melalui kenyataan terbuka yang tidak menghormati tatakelola mesyuarat…