

Kepimpinan Onn Hafiz Ghazi dan pengaruh politik Umno di Johor akan diuji apabila pengundi membuang undi hari ini, kata penganalisis.
Bagaimanapun, seperti dinyatakan James Chin dari University of Tasmania, pilihan raya itu juga merupakan satu bentuk referendum terhadap keputusan Umno khususnya dan Barisan Nasional (BN) secara keseluruhan untuk bergerak solo, walaupun BN sebahagian kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.
Dalam apa jua keadaan, Chin dan Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berpandangan pilihan raya tidak seharusnya hanya berkisar mengenai menteri besar Johor itu.
Azmi berkata, Onn Hafiz menjadi sasaran utama kritikan terutama daripada Pakatan Harapan (PH), namun perkara itu ‘lumrah’ memandangkan beliau mengetuai kempen BN di peringkat negeri.

Bagi Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Mazlan Ali dari…