

Parti Bersama Malaysia (Bersama) tewas di semua 15 kerusi ditandingi pada PRN Johor kali ini, menurut kiraan undi tidak rasmi.
PRN ini merupakan pilihan raya pertama parti itu selepas diambil alih dan dijenamakan semula sebagai Bersama, oleh bekas menteri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.
Bersama mencabar Barisan Nasional dan Pakatan Harapan di 15 kerusi, Perikatan Nasional di empat kerusi, Muda di tiga kerusi, dan Parti Sosialis Malaysia di satu kerusi.
Ia mencuba nasib di Bukit Naning, Mahkota, Tiram, dan Puteri Wangsa; serta Johor Jaya, Permas, Larkin, Stulang, Perling, dan Kempas; juga Skudai, Kota Iskandar, Bukit Permai, Bukit Batu, dan Senai.
Rafizi merupakan bekas timbalan presiden PKR manakala Nik Nazmi bekas naib presiden parti sama.