Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Muhyiddin kecam PAS runding kerjasama dengan BN

today15 July 2026

Background


Muhyiddin Yassin (kiri) berkata PAS pimpinan Hadi Awang mengadakan rundingan dengan BN tanpa berbincang atau melibatkan parti komponen PN lain.
PETALING JAYA:

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengecam PAS kerana berunding dengan Barisan Nasional (BN) berhubung kerjasama pada PRN Negeri Sembilan.

Muhyiddin berkata rundingan itu dibuat tanpa berbincang atau melibatkan parti komponen Perikatan Nasional (PN) lain, termasuk Majlis Tertinggi gabungan berkenaan.

“Bersatu kecewa dengan keputusan bersendirian dibuat PAS kerana tindakan itu bertentangan dengan kepentingan PN.

“Seruan pemimpin PAS supaya penyokongnya menyokong calon BN pada PRN Johor, dan kini PRN Negeri Sembilan, tidak pernah dipersetujui Majlis Tertinggi PN.

“Ini jelas bercanggah dengan kepentingan PN sebagai sebuah gabungan nasional yang mahu menjadi alternatif kepada BN dan Pakatan Harapan (PH),” katanya pada sidang media.

Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi PN berkata gabungan itu sepatutnya bermesyuarat Ahad…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Elill Easwaran


Previous post