

Sebuah badan pemikir kesihatan menyuarakan kebimbangan terhadap hukuman penjara lima tahun ke atas seorang warga asing kerana mengambil ubat pengguguran ketika kandungannya berusia 27 minggu sehingga menyebabkan bayinya dilahirkan pramatang sebelum meninggal dunia.
Pusat Galen bagi Dasar Kesihatan dan Sosial berkata, kes ini mencerminkan kegagalan dari segi pencegahan, perlindungan dan belas ihsan, sambil menambah kurang maklumat berhubung latar kelahiran wanita itu.
“Kita tidak tahu sama ada dia menghadapi paksaan, eksploitasi, keganasan seksual, kesempitan kewangan, ditinggalkan atau ketakutan berkaitan status imigresennya.
“Tetapi, sistem bertindak dengan penahanan, pendakwaan dan pemenjaraan,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrul…