Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

4 stesen JPS di Selangor rekod paras air sungai lebih tahap amaran

today18 July 2026

Background


sungai
Tahap amaran stesen JPS tunjuk paras air di beberapa sungai di daerah Petaling dan Klang hampiri aras banjir. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM:

Sebanyak empat stesen pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan paras air sungai melebihi tahap amaran setakat 8.15 malam ini.

Berdasarkan data di portal PublicInfo Banjir, stesen terbabit ialah Sungai Bakul di Kampung Budiman, Petaling; Sungai Rasau di Taman Desa Kemuning, Klang, dan Tugu Keris, Klang; serta Sungai Binjai di Pekan Meru, Klang.

Menurut portal itu, tahap amaran menunjukkan paras air sungai menghampiri aras banjir dan penduduk di kawasan terlibat disaran bersiap sedia untuk berpindah jika perlu.

Sementara itu, beberapa pengguna media sosial turut berkongsi situasi banjir di beberapa kawasan di sekitar Shah Alam, selain memaklumkan siren amaran banjir dibunyikan petang tadi.

Seorang pengguna Threads, @azleee77, memaklumkan siren amaran pertama dibunyikan pada 5.45 petang sebelum bertukar kepada siren bahaya pada 6.40…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Langkah Sze Fei-Izzuddin tersekat di separuh akhir

Kuala Lumpur: Perjalanan beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terhenti di separuh akhir Terbuka Jepun selepas tewas dalam pertarungan tiga set di tangan gandingan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, hari ini.

today18 July 2026