
Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus mengukuhkan kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi jalinan kerjasama strategik bersama syarikat multinasional (MNC) gergasi dari Perancis, Schneider Electric.
Menerusi penyertaan Schneider Electric selepas kerjasama berskala besar bersama Samsung dan DayOne, graduan TVET MARA kini berpeluang melangkah ke alam pekerjaan dengan tawaran gaji premium antara RM4,500 hingga…