

Penganalisis berpendapat keputusan Bersatu bertanding di 24 daripada 36 kerusi dalam PRN Negeri Sembilan berpotensi memecahkan undi Melayu di beberapa kawasan marginal dan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH).
Awang Azman Awang Pawi dan Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya berkata, Bersatu yang berusaha membuktikan ia masih relevan, selepas PAS menamatkan kerjasama dengannya, mungkin memainkan peranan sebagai pengacau undi.

Awang Azman berkata, Bersatu mahu menguji kekuatan jenamanya sambil berusaha mengekalkan sokongan akar umbi dan menunjukkan ia masih mempunyai pengaruh politik tanpa PAS.
“Namun, secara praktikal, Bersatu berpotensi menjadi ‘spoiler’ di lebih banyak kerusi daripada yang mampu dimenanginya,” katanya kepada FMT.
Bersatu kekal sebagai komponen PN walaupun…