

PKR tidak perlu meniru naratif PAS untuk memenangi sokongan pengundi, kata penganalisis Wong Chin Huat yang memberi amaran tindakan itu hanya menjadikannya ‘barang tiruan’, bukannya menawarkan pilihan politik tersendiri.

Saintis politik dari Universiti Sunway berkata, PKR dalam bermuhasabah di atas kemerosotan prestasinya dan Pakatan Harapan (PH) pada beberapa pilihan raya juga perlu melakukan analisis mendalam.
“Kalau muhasabah dengan meniru seperti ingin mencontohi PAS sebagai pejuang agama dan bangsa, PKR mungkin hanya nampak sebagai barang tiruan.
“Ia tetap gagal menarik pengundi nasionalis malah ‘menghalau’ pengundi minoriti dan liberal.
“Semenangnya PKR perlu muhasabah, tetapi muhasabah perlu juga analisa yang mendalam,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda PKR Kamil…