
Pelakon popular Indonesia, Asmara Abigail, mengakui hidangan ayam gepuk yang dijual di Malaysia terasa lebih sedap berbanding di negara asalnya sendiri.
Asmara, 34, yang kini menetap di Malaysia selama dua bulan bagi melunaskan penggambaran filem, menyifatkan negara ini sudah seperti rumah keduanya.
“Biarpun ayam gepuk adalah makanan yang berasal dari Indonesia, tetapi Malaysia menghasilkan ayam gepuk yang lebih sedap,” katanya ketika ditemui pada majlis…